Saturday, November 6, 2010

Untuk Pengetahuan : Mencuci Kemaluan

Apa yang dilakukan selepas membuang air kecil.

----------------------------

Syedina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.

Syedina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga

-------------------------------

p/s : Jangan ambil mudah suatu perkara. Kemaluan juga harus dijaga dengan elok. Islam itu mudahkan. Same same kongsi ea :)

Sumber : HERE

Comments
5 Comments

5 comments:

Ashiya Mizuki said...

tengs violet sudi berkongsi..
samalah kita titik berat lam hal jaga kebersihan diri ini.. =)

violet chem said...

shame2 ashiya..

sharing is caring, right?

:)

Roxy zai said...

btul3x!! hehehe..jgn pndang remeh temeh woo..Allah suka org yg jaga kebersihan..kebersihan tu sebahagian dr iman jgak;)

Encik Tikus said...

huhu, ilmu baru nie =D

Puteri Iqa Izyan said...

bagus.
entri ni mcm malu skit.
tp bagus utk peringatan sume :))