Wednesday, May 26, 2010

Cerita Perempuan dan Mimpi..

Perempuan dan mimpi ada kaitan ker??

Meh sini aku nak cerita tentang tanda baligh bagi perempuan..Aku fokuskan kepada yang perempuan sahaja ea..Yang lelaki sudah tentu korang sudah pro lagi pakar..

Tanda baligh bagi perempuan adalah apabila mendapati darah haid keluar dari kemaluannya. Ini bererti seseorang perempuan itu telah baligh dan mukallafah..

Kadangkala tanda baligh bagi anak gadis bukan melalui keluar darah haidnya. Ada juga anak gadis yang tanda balighnya melalui mimpi.

Hal ini dapat dikesan jika mendapati air halus berwarna kuning pada kainnya apabila ia sedar dari tidur ( setelah mimpi itu lain daripada biasa)





Ha, bagi kaum perempuan yang mengalami tanda2 seperti di atas, bukan sahaja keluar darah haid tanda kita sudah baligh, rupanya melalui mimpi juga petanda kita sudah baligh..Jadi, jagala perlakuan kita apabila berlakunya tanda baligh tersebut..

Antaranya mesti kita menutup auratkan...Yang lain mesti korang sedia maklum apa yang perlu dilakukan setelah kita mencapai alam baligh...Semoga kita dapat menjaga tatasusila dan adab sebagai seorang muslimah sejati...InsyaAllah...



kan comey pakai baju macam nih..nampak sweet je kan...

Friday, May 21, 2010

[KONGSI] Kesan Minum Berdiri



Blog ni dulu aku terbuat sebab blog aku yang lama hang..Disebabkan blog yang lama sudah pulih seperti asal, blog ini hampir ku tinggalkan..Sekarang, nama blog ni aku tukarkan menjadi kisah misteri..Kenapa kisah misteri?? Sebab aku nak share apa2 je pasal kisah misteri yang aku baca..Tapi xkesahla misteri ke x, janji aku nak share bacaan yang aku baca dengan korang..

Ok..Fisrt kisah yang aku nak kongsi bertajuk seperti entry di atas...

Dalam hadis Rasulullah disebutkan "Janganlah kamu minum berdiri". Ini dibuktikan dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringster. Sfringster adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kemih boleh lalu) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada "pos-pos" penyaringan yang berada di ginjal. Ha, jika kita minum berdiri, air yang kita minum tidak akan disaring lagi. Terus menuju pundi kencing.

Ketika terus menuju kandung kemih, maka terjadilah pemendapan di saluran ureter. Kerana banyak limbah-limbah yang tinggal di ureter. Inilah yang menyebabkan penyakit batu karang. Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya..


Jadi kawan2, kita janganlah minum berdiri. Seeloknya minum la dengan duduk. Kan nampak lebih sopan. Penyakit susah kencing juga dapat dielakkan. Kelakuan juga mencerminkan peribadi kita yang sebenar..Sebar2 dengan kawan2 yang lain ea..=))