Wednesday, November 24, 2010

Cara Mengawal Emosi

Salam semua..Rasanya sudah lama tak berkongsi sesuatu dengan kalian..Hari ini saya ada terbaca mengenai cara mengawal emosi..Seperti yang kita semua tahu, setiap orang dilahirkan dengan memiliki emosi..Bagaimana kalian mengendalikan emosi tersebut bergantung kepada individu masing masing...

******
Kawal Emosi

Orang yang berbahagia ialah orang yang dapat menguasai hatinya... Orang yang dapat memerintah hatinya sendiri lebih besar faedahnya daripada orang yang dapat menakluki sebuah negeri..

Seorang penyair ada mengatakan,
  "Apabila air mata ini mengalir dengan derasnya namun tidak menuju kebahagiaan, maka air mata itu adalah sia-sia"..

Jadi, kawal emosi dan usah biarkan ia menguasai diri kerana jika emosi di luar kawalan, ia mengundang bisikan syaitan.. Oleh itu, redha akan setiap perkara yang ditakdirkan ke atas diri dan mohonlah keberkatan dalam setiap amal kebajikan yang dilakukan..

Allah berfirman :
  "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya.. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaku, masuklah ke dalam Syurga-Ku.."  ( Al-Fajr : 27-30 )





p/s : Untuk amalkan hidup sihat, kawal lah emosi dan berfikiran positif... :)




Friday, November 19, 2010

Rahsia 5 Jari

Cuba kita perhatikan jari kita. pernah ke kita terpikir atau bersyukur dengan apa yang kita ada? Di sini list rahsia 5 jari kita.



1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allah Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.


2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.



3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil,mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.


4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet..manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.


6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.


7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.



See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang

Saturday, November 6, 2010

Untuk Pengetahuan : Mencuci Kemaluan

Apa yang dilakukan selepas membuang air kecil.

----------------------------

Syedina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.

Syedina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga

-------------------------------

p/s : Jangan ambil mudah suatu perkara. Kemaluan juga harus dijaga dengan elok. Islam itu mudahkan. Same same kongsi ea :)

Sumber : HERE

Wanita bergincu dan Wuduk



Sekiranya kaum wanita bergincu hendak mengambil wuduk, maka wajibla mereka membersihkan gincu tersebut. Bibir mulut adalah bahagian luar termasuk anggota wuduk. Dengan bergincu, gincu tersebut akan menghalang air daripada mengenai kulit anggota wuduk.


Sekiranya kaum wanita memakai gincu dan mengambil wuduk, maka wuduk tersebut tidak sah dan solat juga menjadi tidak sah kerana bibir mulut dikira sebahagian anggota wuduk yang terletak pada muka. Maka tidak sahlah jika anggota wuduk ini terhalang disebabkan gincu.


Sumber : Solusi


p/s : Tidak bergincu itu lebih baik kan? ;)

Isterinya Seorang Khunsa

Nak share satu cerita :


Semasa Khalifah Ali r.a. memerintah maka terjadilah suatu peristiwa yg tidak pernah terjadi sebelumnya. Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita yg khunsa ( memiliki dua alat kelamin ). Sisuami juga menghadiahkan seorang jariah kepada isterinya.


Setelah beberapa lama maka isterinya yg khunsa itu pun melahirkan anak. Selepas itu tiada berapa lama timbul pula nafsu berahi wanita khunsa ini terhadap jariahnya. Akhirnya jariah inipun melahirkan anak juga. Masyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini terus tersebar hingga sampai kepada pengetahuan Khalifah Ali.


Khalifah terus menghantar seorang pakar untuk mengesahkannya. Ternyata wanita khunsa ini mengalami haid seperti perempuan serta keluar mani dari dua alat kelaminnya. Dia boleh dijimak oleh suaminya serta dapat pula menjimak jariahnya.

Untuk menentukan jantina sebenar wanita khunsa ini Khalifah Ali tidak ketandusan akal. Beliau menghantar pakar untuk menghitung tulang rusuk wanita ini. Hasilnya ternyata tulang rusuk sebelah kiri kurang satu dari kanannya. Khalifah Ali lalu menetapkan bahawa wanita khunsa ini adalah lelaki.


Alasannya kerana ketika ALLAH menciptakan Adam yg tinggal keseorangan di dalam syurga, ALLAH lalu mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri Adam dan diciptakan Hawa daripadanya. Oleh itu tulang rusuk kiri Adam telah kurang satu. Khalifah Ali lalu memisahkan perkahwinan wanita khunsa ini dengan suaminya kerana ianya dianggap tidak sah.




p/s ; di sini saya tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan jariah. Mungkin anda boleh menerangkan kepada saya.



untuk menentukan alat kelamin khunsa, sila rujuk Khunsa, Keraguan Jantina antara Lelaki dan Wanita dan artikel ini.


Friday, November 5, 2010

Hanya Setempayan Air



"Esok, setiap satu keluarga di kampung ini mesti menyumbangkan semangkuk susu untuk membantu askar askar kita yang sedang dalam perjalanan menuju ke medan perang untuk mempertahankan negara," kata seorang penghulu dengan begitu bersemangat sekali dalam satu perhimpunan seluruh penduduk kampungnya.

"Tidak banyak, hanya semangkuk susu," tambah penghulu itu lagi.

"Saya akan letakkan sebuah tempayan besar di halaman rumah saya pada petang ini. Kamu semua boleh menuang semangkuk susu yang di maksudkan mulai petang ini sehingga awal pagi esok. Tentera kita akan sampai sebelum tengah hari dan dapatlah mereka minum sebelum meneruskan perjalanan pada waktu petangnya," jelasnya panjang lebar.

"Ah, aku hanya mahu membawa semangkuk air dan tidak akan siapa yang tahu bila aku campurkan dengan susu yang banyak dalam tempayan besar itu," bisik hati seorang penduduk kampung.

"Kalau aku tuangkan semangkuk air ke dalam tempayan, tidak menjejaskan apa apa. Hari pun sudah gelap," detik rasa seorang penduduk yang lain.

Esoknya, alangkah terkejutnya si penghulu dan seluruh penduduk kampung bila yang terkumpul dalam tempayan itu bukanlah susu tetapi setempayan air!!





Pengajaran :
  • Sikap 'tidak apa', lepas tangan dan curi tulang akan merosakkan semangat setia kawan dan keberkesanan satu regu kerja yang baik.
  • Sikap pentingkan diri mudah berjangkit.
  • "Feeling if God in you" ialah jawapan kepada setiap diri untuk menolak anasir anasir yang boleh merosakkan keikhlasan semasa kita bekerja dalam kumpulan.