Saturday, November 6, 2010

Isterinya Seorang Khunsa

Nak share satu cerita :


Semasa Khalifah Ali r.a. memerintah maka terjadilah suatu peristiwa yg tidak pernah terjadi sebelumnya. Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita yg khunsa ( memiliki dua alat kelamin ). Sisuami juga menghadiahkan seorang jariah kepada isterinya.


Setelah beberapa lama maka isterinya yg khunsa itu pun melahirkan anak. Selepas itu tiada berapa lama timbul pula nafsu berahi wanita khunsa ini terhadap jariahnya. Akhirnya jariah inipun melahirkan anak juga. Masyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini terus tersebar hingga sampai kepada pengetahuan Khalifah Ali.


Khalifah terus menghantar seorang pakar untuk mengesahkannya. Ternyata wanita khunsa ini mengalami haid seperti perempuan serta keluar mani dari dua alat kelaminnya. Dia boleh dijimak oleh suaminya serta dapat pula menjimak jariahnya.

Untuk menentukan jantina sebenar wanita khunsa ini Khalifah Ali tidak ketandusan akal. Beliau menghantar pakar untuk menghitung tulang rusuk wanita ini. Hasilnya ternyata tulang rusuk sebelah kiri kurang satu dari kanannya. Khalifah Ali lalu menetapkan bahawa wanita khunsa ini adalah lelaki.


Alasannya kerana ketika ALLAH menciptakan Adam yg tinggal keseorangan di dalam syurga, ALLAH lalu mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri Adam dan diciptakan Hawa daripadanya. Oleh itu tulang rusuk kiri Adam telah kurang satu. Khalifah Ali lalu memisahkan perkahwinan wanita khunsa ini dengan suaminya kerana ianya dianggap tidak sah.




p/s ; di sini saya tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan jariah. Mungkin anda boleh menerangkan kepada saya.



untuk menentukan alat kelamin khunsa, sila rujuk Khunsa, Keraguan Jantina antara Lelaki dan Wanita dan artikel ini.


Comments
5 Comments

5 comments:

Ashiya Mizuki said...

jariah, mungkin orang gaji..tapi ye ka?..erm..susah juga kalo khunsa ini..kne betul2 sahkan jantinaY terlebih dahulu..

Fatiehah said...

rumet org cakap, jariah tu hamba. dekat2 la tu ngan orang gaji. hehe. dats y, kalu dilahirkan ada 2 2 mende tu, mak ayah terus kn buat pilihan. kan ada pelari negara yg khunsa. fatimah kot nm dia. dia skolah kat tunku khursiah. org kate, mak ayh dia slh buat plhn sbb jadikan dia perempuan. sbb, bila besar dia jd mcm lelaki. body, suara, semua lbh kpd lelaki. kesian jugak kat dia kan. erm, kalu slh, tlg betulkan. :)

cik violet said...

Ashiya : tu la, xsure, mb btol kot jariah tu rujuk kpd org gaji..si nurul pon cakap gitu..hmm..memang kene rujuk pakar untuk sah kan jantina nih..

cik violet said...

nurul : eh, pelari tu khunsa ke? mane tau?? hoho.. tp memang agak nampakla bdn ke arah laki ek...

Anonymous said...

salam alaik..
jariah xsama dgn org gaji..
jariah hamba,skrg dh xde sistem hamba dlm islam..
hamba bleh digauli mcm isteri tp org gaji xleh..