Saturday, October 30, 2010

Jagalah Hati


Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas.


Ya Allah, kurniakan kepadaku HATI seperti ini :


HATI yang Sedar

Firman Allah, maksudnya : "Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya."
(Surah Qaf 50:37)



HATI yang Bersih

Firman Allah, maksudnya : "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih-bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)."
(Surah al-Syams 91:9)



HATI yang Lurus

Firman Allah, maksudnya : (Mereka berdoa dengan berkata) :
"Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakan lah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya."
(Surah Ali 'Imran 3:8)


HATI yang Terhijab (tertutup)

Firman Allah, maksudnya : "Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-Quran), padahal kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak)."
(Surah al-An'am 6:25)




p/s : Berhati-hati menjaga hati jangan sampai kita kehilangannya.