Friday, June 18, 2010

Mutiara Doa untuk Hari Jumaat


Doa Ketika Mengambil Wuduk :

"Tuhanku, ampunilah dosaku, luaskanlah rumah tanggaku dan berkatilah rezekiku"


Doa Ketika Menuntut Ilmu :

"Wahai Tuhanku, kayakanlah akan daku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan ketenangan jiwa dan muliakanlah diriku dengan takwadan elokkanlah diriku dengan 'afiat"


Doa Penerang Hati :

"Wahai Tuhan kami, janganlah engkau memalingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan berilah kepada kami rahmat-Mu; bahawasanya Engkaulah Tuhan yang sangat banyak pemberian-Nya"


Doa untuk Ibu Bapa :

"Tuhanku, rahmatilah akan ibu bapaku sebagaimana kedua-duanya mendidik aku seaktu kecil"


Doa Ketika Sukar Menyelesaikan Sesuatu Urusan :

"Wahai Tuhanku, tidak ada yang mudah melainkan apa yang engkau jadikannya mudah, dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki"

Sunday, June 13, 2010

[ALERT] Waktu-waktu yang Dilarang Meminum Air


Nak share something,

Seboleh-bolehnya jangan minum air ketika :

--> Selepas bersenam, bersukan atau bekerja berat

--> Selepas bersetubuh

--> Selepas makan atau sebelumnya

--> Ketika sedang makan

--> Selepas memakan buah-buahan

--> Selepas keluar dari bilik mandi

--> Ketika terjaga dari tidur