Thursday, November 24, 2011

Anda akan menjadi WANITA PALING ANGGUN DI DUNIA

Assalamualaikum..
Hari Jumaat punghulu segala hari
Saya nak berkongsi kisah mengenai Wanita



*****

Semua kejadian, betapa pun parahnya, 
pasti berhubungan langsung dengan kelapangan
dalam waktu yang terdekat


        Anda, dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada matahari. Dengan akhlak anda, anda lebih harum dari minyak wangi dengan sikap tawadhuk anda, anda lebih tinggi purnama. Dan dengan cinta anda, anda lebih segar dari rintik gerimis. Oleh itu, peliharakanlah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.


        Ketahuilah hiasanmu bukan emas atau perak, tetapi dua rakaat menjelang subuh, dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, air mata taubat, sujud panjang di atas hamparan sejadah dan malu kepada Allah ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.


        Jadikanlah takwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita tercantik di dunia meskipun pakaian anda bertampal. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung anda, nescaya anda akan menjadi wanita paling anggun di dunia meskipun anda tidak berkasut. Hindarilah rutin anda yang selalu dilakukan oleh wanita fasik dan non-muslim yang suka memperlihatkan daya tarikan untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila, kerana mereka sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam.



Sumber : Jadilah wanita yang paling bahagia.

Sunday, November 20, 2011

Fadhilat Air Zamzam

Salam..
Syukur pakcik-pakcik dan makcik-makcik saya sudah selamat sampai ke tanah air..
Mereka pergi menunaikan haji pada tahun ni balik dalam keadaan sihat dan selamat..
Alhamdulillah..Cuma mereka mengalami batuk-batuk kerana perubahan cuaca..


****


So, hari ini saya nak share dengan blogger semua tentang fadhilat air zamzam. Antara fadhilat dan keistimewaan air zamzam seperti yang dinyatakan dalam buku Fadhlu Ma' Zamzam seperti :

  • Ia mempunyai nama yang banyak dan nama yang banyak menandakan kemuliaannya. Dalam Taj al-Arus, dinukilankan daripada IBN Birri, terdapat  12 nama air zamzam.

  • Air zamzam sebaik-baik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada air. Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Fakih dalam Akhbar Makkah (2/41).

  • Air zamzam dikatakan dari mata air syurga mengikut riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf. Imam al-Nawawi berkata : "Pendapat yang asah bahawa mengikut zahirnya, ia daripada syurga."

  • Air zamzam adalah hasil kurniaan Allah s.w.t yang utama kepada kekasihNya, Nabi Ismail a.s.

  • Air zamzam sebagai tanda yang nyata kemuliaan Tanah Haram Mekah. Ini pendapat Imam Ibn al-Dhaiba' al-Syaibani.

  • Air zamzam terbukti mujarab doa sama ada penyembuh daripada penyakit dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Air zamzam itu sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya (dengan izin Allah s.w.t)." Hadis ini juga diriwayatkan oleh perawi yang lain seperti Ibn Abi Syaibah, Ahmad, Ibn Majah, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan. Ibn Hajar berkata : " Hadis ini gharib hasan dengan syawidnya." Lihat Faidh al-Qadir (4/404).

  • Sunat bagi siapa yang hendak minum air zamzam begi diampunkan dosanya atau disembuhkan penyakit serta lain-lain tujuan. Maka dia menghadap kiblat kemudian ia membaca basmalah kemudian ia berkata : "Ya Allah, telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda seperti yang diatas."

  • Air zamzam adalah air yang diberkati dan mengenyangkan.

  • Banyak minum air zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafik.(hal ini kerana orang munafik tidak mempercayai kelebihannya).


Sumber : Majalah SERUAN Ma'had.


p/s : Sama-sama kita hayati fadhilat minum air zamzam ini.


Saturday, November 5, 2011

25 yang pertama

Mari kita tengok apa yang pertama :


  1. Orang pertama yang menulis Bismillah : Nabi Sulaiman a.s.
  2. Orang pertama yang minum air zamzam : Nabi Ismail a.s.
  3. Orang pertama yang berkhatan : Nabi Ibrahim a.s.
  4. Orang pertama yang diberikan pakaian pada hari kiamat : Nabi Ibrahim a.s.
  5. Orang pertama yang dipanggil oleh Allah pada hari kiamat : Nabi Adam a.s.
  6. Orang pertama yang mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (ibu Nabi Ismail a.s.)
  7. Orang pertama yang dibangkitkan pada hari kiamat : Nabi Muhammad SAW
  8. Orang pertama yang menjadi khalifah Islam : Abu Bakar as-Siddiq r.a
  9. Orang pertama yang  menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab r.a
  10. Orang pertama yang meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hassan bin Ali r.a
  11. Orang pertama yang Nabi SAW : Thuwaibah Asmaliyyah r.ha
  12. Orang pertama yang syahid dalam Islam di kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah
  13. Orang pertama yang syahid dalam Islam di kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat r.a
  14. Orang pertama yang menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a
  15. Orang pertama yang memanah dalah perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas r.a
  16. Orang pertama yang menjadi muazzin dan melaungkan azan : Bilal bin Rabah r.a
  17. Orang pertama yang bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib r.a
  18. Orang pertama yang membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim ad-Dary r.a
  19. Orang pertama yang menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin al-Awwam r.a
  20. Orang pertama yang menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan r.a
  21. Orang pertama yang beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid r.ha
  22. Orang pertama yang mengasaskan usul fiqh : Imam Syafi'i r.h
  23. Orang pertama yang membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tholib k.w
  24. Orang pertama yang menjadi raja dalam Islam : Muawitah bin Abi Sufyan r.a
  25. Orang pertama yang membuat perpustakaan awam : Harun al-Rasyid r.a


(Sumber : Fardhu Ain)





p/s : Sama-sama kita menambahkan ilmu :)