Sunday, November 20, 2011

Fadhilat Air Zamzam

Salam..
Syukur pakcik-pakcik dan makcik-makcik saya sudah selamat sampai ke tanah air..
Mereka pergi menunaikan haji pada tahun ni balik dalam keadaan sihat dan selamat..
Alhamdulillah..Cuma mereka mengalami batuk-batuk kerana perubahan cuaca..


****


So, hari ini saya nak share dengan blogger semua tentang fadhilat air zamzam. Antara fadhilat dan keistimewaan air zamzam seperti yang dinyatakan dalam buku Fadhlu Ma' Zamzam seperti :

  • Ia mempunyai nama yang banyak dan nama yang banyak menandakan kemuliaannya. Dalam Taj al-Arus, dinukilankan daripada IBN Birri, terdapat  12 nama air zamzam.

  • Air zamzam sebaik-baik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada air. Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Fakih dalam Akhbar Makkah (2/41).

  • Air zamzam dikatakan dari mata air syurga mengikut riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf. Imam al-Nawawi berkata : "Pendapat yang asah bahawa mengikut zahirnya, ia daripada syurga."

  • Air zamzam adalah hasil kurniaan Allah s.w.t yang utama kepada kekasihNya, Nabi Ismail a.s.

  • Air zamzam sebagai tanda yang nyata kemuliaan Tanah Haram Mekah. Ini pendapat Imam Ibn al-Dhaiba' al-Syaibani.

  • Air zamzam terbukti mujarab doa sama ada penyembuh daripada penyakit dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Air zamzam itu sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya (dengan izin Allah s.w.t)." Hadis ini juga diriwayatkan oleh perawi yang lain seperti Ibn Abi Syaibah, Ahmad, Ibn Majah, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan. Ibn Hajar berkata : " Hadis ini gharib hasan dengan syawidnya." Lihat Faidh al-Qadir (4/404).

  • Sunat bagi siapa yang hendak minum air zamzam begi diampunkan dosanya atau disembuhkan penyakit serta lain-lain tujuan. Maka dia menghadap kiblat kemudian ia membaca basmalah kemudian ia berkata : "Ya Allah, telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda seperti yang diatas."

  • Air zamzam adalah air yang diberkati dan mengenyangkan.

  • Banyak minum air zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafik.(hal ini kerana orang munafik tidak mempercayai kelebihannya).


Sumber : Majalah SERUAN Ma'had.


p/s : Sama-sama kita hayati fadhilat minum air zamzam ini.


Comments
0 Comments

0 comments: