Salam semua..Rasanya sudah lama tak berkongsi sesuatu dengan kalian..Hari ini saya ada terbaca mengenai cara mengawal emosi..Seperti yang kita semua tahu, setiap orang dilahirkan dengan memiliki emosi..Bagaimana kalian mengendalikan emosi tersebut bergantung kepada individu masing masing...
******
Kawal Emosi
Orang yang berbahagia ialah orang yang dapat menguasai hatinya... Orang yang dapat memerintah hatinya sendiri lebih besar faedahnya daripada orang yang dapat menakluki sebuah negeri..
Seorang penyair ada mengatakan,
"Apabila air mata ini mengalir dengan derasnya namun tidak menuju kebahagiaan, maka air mata itu adalah sia-sia"..
Jadi, kawal emosi dan usah biarkan ia menguasai diri kerana jika emosi di luar kawalan, ia mengundang bisikan syaitan.. Oleh itu, redha akan setiap perkara yang ditakdirkan ke atas diri dan mohonlah keberkatan dalam setiap amal kebajikan yang dilakukan..
Allah berfirman :
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya.. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaku, masuklah ke dalam Syurga-Ku.." ( Al-Fajr : 27-30 )
p/s : Untuk amalkan hidup sihat, kawal lah emosi dan berfikiran positif... :)