Friday, June 24, 2011

SINDROM EMPTY NEST - PERLU BACA !!

Assalamualaikum..

Lama saya tak update dalam kisah misteri ni..
Hari ini rasanya saya nak berkongsi mengenai SINDROM EMPTY NEST..

Apa yang kalian semua tahu mengenai SINDROM EMPTY NEST ? Boleh share diruang komen ea..

*********************************



DEFINISI SINDROM EMPTY NEST

  • Respons psikologikal yang normal terhadap perubahan atau transisi kehidupan yang dilalui oleh setiap ahli dalam sebuah keluarga.
  • Perasaan bercampur aduk antara kerisauan , kesedihan dan kekosongan setelah ketiadaan anak-anak. 
  • Berbanding lelaki ia lebih dirasai oleh wanita kerana ikatan hubungan ibu dan anak begitu kuat.





Situasi


"Si ibu sebenarnya berasa gembira apabila anaknya telah berjaya dalam hidup dan mendirikan rumah tangga , namun kelamaan ia akan bertukar kepada dukacita dan akhirnya kemurungan jika wanita tersebut hilang tempat untuk mencurahkan kasih sayang dan berkongsi masalah"





KESAN SINDROM EMPTY NEST

  • Dilema dalam diri ibu bapa di antara keinginan dan kebanggaan di atas mendidik dan menjaga anak dan pada masa yang sama merasakan ketidak upayaan si ibu meneruskan tugas menjaga serta mengawal anak seperti dahulu.
  • Jika dibiarkan tanpa sokongan suami , rakan-rakan dan masyarakat , boleh menimbulkan kemurungan dan gangguan somatik seperti : -
sakit kepala
kurang selera makan
gangguan tidur
lesu

  • Kekosongan hidup. Hidup mereka seperti sudah berakhir tanpa anak-anak. Rasa sunyi dan kosong kerana mereka tidak pernah terfikir apa yang mereka lakukan tanpa anak-anak. 



LANGKAH MENGATASI
  • Mempersiapkan diri dengan kekuatan mental , spiritual dan fizikal. 
  • Peranan anak-anak dalam memastikan hubungan kasih sayang dengan ibu bapa dikekalkan. Me mereka perlu membantu ibu bapa agar tidak rasa 'terbuang' dengan mengambil berat mengenai mereka biarpun berjauhan. 
  • Ibu bapa boleh mengisi masa dengan aktiviti berfaedah seperti menyertai aktiviti masjid atau program yang dijalankan di kawasan tempat tinggal.



TIP HADAPI EMPTY NEST
  • Cari teman. 
  • Hidupkan semula kasih sayang antara suami isteri.
  • Berbakti dengan menjadi sukarelawan.
  • Bina semula hubungan kekeluargaan antara adik beradik.
  • Meningkatkan amalan kerohanian dan mendekatkan diri dengan Allah.



TIP UNTUK ANAK
  • Sentiasa berhubung.
  • Sediakan kemudahan IT. (bagi yang sudah terlampau tua, seeloknya anak keraplah menziarah orang tua di kampung).
  • Menziarahi.
  • Bahagiakan ibu bapa. Tanpa mereka , siapalah anda dan siapalah saya.

Sumber : HARMONI
    ********************************


    ***************************

    p/s ; Jangan lah kita leka dengan hal duniawi sehingga kita melupakan insan yang benar-benar memerlukan kita yakni mereka yang telah melahirkan , membesarkan dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Pabila mereka sudah tiada di dunia , tiada lagi insan yang boleh menggantikan tempat mereka selain daripada mereka sendiri. Hargai lah mereka sementara mereka masih bernafas di muka bumi Allah ini. 


    Comments
    2 Comments

    2 comments:

    arzme said...

    entri yang bagus..

    aamalinaazman said...

    hayoooo
    ada kah sy sedg mengalami simptom2 penyakit nihhhh