Sunday, August 8, 2010

Ubat Ketiak Timbulkan Tsunami




"Macam mana dikatakan ubat ketiak itu boleh mendatangkan tsunami??
Biar betul!!"

Memang aneh kan.
Apa kaitan deodoran dengan tsunami??


Tapi, yang aneh, belom tentu xterjadi. Kalau diteliti, hampir semua deodoran termasuk pewangi di dalamnya menggunakan zat klorofluorokarbon (CFC : chlorofluorocarbon). Air Conditioner (AC), peti ais, hairspray, cat dan sebagainya menggunakan CFC.


Penggunaan CFC ini akan menghasilkan dua tindak balas. Pertama, menghasilakan aerosol, iaitu sejenis cecair yang berubah menjadi separuh gas. Kemudian, dipakai sebagai deodoran atau pewangi. Aerosol dapat disembur, lebih praktis. Semua orang jadi senang, kerja pon lebih mudah. Aerosol boleh menyerap suhu. Bermaksud, ia akan menyerap haba panas dari persekitaran lalu mengubahnya menjadi dingin sehingga sesuai digunakan dalam AC dan peti ais. Ini lah yang disebutkan sebagai tindak balas penambahan entropi.


Secara kimia, penggunaan CFC yang berlebihan boleh mengakibatkan terjadinya penipisan dan kebocoran ozon. Sebab, satu atom CFC boleh menghancurkan 10, 000 molekul ozon.


Sekiranya, jutaan atom CFC yang telah terakumulasi di udara akan menyebabkan kebocoran lapisan ozon dan mengakibatkan sinar ultraviolet (uv) akan menerobos terus ke bumi tanpa sempat disaring terlebih dahulu. Kesannya, suhu udara menjadi panas, dan menjadi lebih panas di bahagian kutub.




MENGAPA KUTUB??



Ketika terlepas ke udara, CFC akan mencari tempat yang memiliki graviti paling ringan, iaitu kutub. Zat ini akan melayang dan terakumulasi, hingga menipiskan lapisan ozon. Kesan selanjutnya, lapisan ais di kutub akan cair akibat terkena radiasi matahari yang sangat kuat. Cairnya lapisan ais, mengakibatkan terjadinya penambahan jumlah air laut.


Di bawah samudera yang terbentang luas, kerak-kerak bumi bertasbih dengan terus berjalan (bergerak). Mereka mendapat tekanan dari magma yang ada di perut bumi untuk terus berjalan membentuk plat-plat yang stabil. Dengan adanya peningkatan isipadu air, tekanan akan meningkat. Pergerakan plat-plat bumi akan menjadi lebih cepat. Plat laut (oceanic crust) dan Plat benua (continential crust) akan bertemu dengan kelajuan yang lebih normal. Terjadinya tempat penembungan (fault zone) yang lebih dasyat. Akibatnya, terjadilah gempa dasyat yang menimbulkan kesan tsunami yang menggerikan. Di sinilah hubungan antara ubat ketiak dan tsunami.





Terjadinya tsunami bukan kesan alam semesta, tetapi kerana sikap manusia itu sendiri yang melampaui batas. Sesungguhnya, Allah SWT telah mencipta alam ini dengan sangat sempurna. Berjalannya ciptaan ini tidak akan membahayakan sesiapa pun. Sayangnya, kita sendiri yang merosaknya sehingga nikmat yang Allah sediakan berubah menjadi bencana.


Allah SWT berfirman, " Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudaratan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan" (QS An-Nahl [16] : 53)



**renung-renungkanlah**


Comments
0 Comments

0 comments: