Tuesday, May 22, 2012

Kelebihan Berpuasa di BULAN REJAB

Assalamualaikum.
Hari ini genab 1 Rejab. Nak kongsi dengan korang semua kelebihan berpuasa sunat dalam bulan Rejab.


Kelebihan :


  • 1 hari puasa = Dapat keredhaan Allah
  • 2 hari puasa = Seluruh penduduk langit dan bumi mendoakan Anugerah Allah
  • 3 hari puasa = Bebas daripada sakit gila
  • 7 hari puasa = Ditutup semua pintu Neraka untuk kita
  • 8 hari puasa = Dibuka semua pintu Syurga untuk kita
  • 10 hari puasa = Semua permintaan akan dikabul Allah. Genap 10 hari puasa baca doa ini.
           "Ya Allah, Berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW kabulkan pemintaanku."
             Sebelum berdoa, terlebih dahulu baca Surah Al-Fatehah (Pujian kepada Allah), Surah Al-Ikhlas, Asmaul-Husna, Subhanallah 3x, Lahaulawalaquwataillabillah 3x dan sujud beserta doa. Jangan kita ragu-ragu terhadap Allah.


  • 15 hari puasa = Allah akan mengubah yang jahat kepada yang baik


p/s : Sama-sama kita tingkatkan amalan dalam bulan Rejab ea :)



Wednesday, December 14, 2011

Betapa Nikmatnya Kejayaan Setelah Mengalami Kesusahan.

--> Saya nak share 1 artikel mengenai kesungguhan seseorang yang hidup susah menjalani kehidupan seharian tanpa keluh-kesah


******************


Seorang yang berjaya pernah berkata : " Aku dilahirkan dalam keadaan sangat fakir dan keadaanku telah menimpaku sejak aku dalam buaian. Aku telah merasakan pahitnya meminta sepotong roti kepada ibuku. Pada saat itu, dia tidak memiliki sepotong roti kering pon untuk diberikan. Aku meninggalkan rumah pada usia 10 tahun dan aku telah bekerja pada usia sebelas tahun. Aku hanya belajar dalam masa sebulan dalam setahun. 


Setelah bekerja keras selama 11 tahun, aku memiliki sepasang lembu dan 6 e kor unta yang memberi pulangan kepadaku sebesar 84 dolar. Aku tidak pernah mengeluarkan sesen pon untk berfoya-foya. Malah aku sentiasa menghargai setiap satu dolar yang aku peroleh sejak aku bekerja sehingga berusia 21 tahun.


Aku benar-benar merasakan letihnya bekerja. Aku sedar bahawa itu adalah perjalanan yang panjang untuk meminta pekerjaan kepada orang lain. Dengan bekerja seperti itu, aku berharap dapat melangsungkan kehidupan aku.


Pada bulan pertama saaat usiaku menginjak 21 tahun, aku pergi ke hutan untuk menebang kayu. Setiap pagi sebelum subuh, aku sudah bangun untuk melakukan pekerjaanku yang sukar sehingga malam hari.Aku lakukan hanya untuk mendapatkan gaji sebanyak 6 dolar di akhir bulan. Bagiku, setiap dolar dari enam dolar tersebut sangat bererti, seolah-olah ia adalah bulan purnama di tengah kegelapan.





Thursday, November 24, 2011

Anda akan menjadi WANITA PALING ANGGUN DI DUNIA

Assalamualaikum..
Hari Jumaat punghulu segala hari
Saya nak berkongsi kisah mengenai Wanita



*****

Semua kejadian, betapa pun parahnya, 
pasti berhubungan langsung dengan kelapangan
dalam waktu yang terdekat


        Anda, dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada matahari. Dengan akhlak anda, anda lebih harum dari minyak wangi dengan sikap tawadhuk anda, anda lebih tinggi purnama. Dan dengan cinta anda, anda lebih segar dari rintik gerimis. Oleh itu, peliharakanlah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.


        Ketahuilah hiasanmu bukan emas atau perak, tetapi dua rakaat menjelang subuh, dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, air mata taubat, sujud panjang di atas hamparan sejadah dan malu kepada Allah ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.


        Jadikanlah takwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita tercantik di dunia meskipun pakaian anda bertampal. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung anda, nescaya anda akan menjadi wanita paling anggun di dunia meskipun anda tidak berkasut. Hindarilah rutin anda yang selalu dilakukan oleh wanita fasik dan non-muslim yang suka memperlihatkan daya tarikan untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila, kerana mereka sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam.



Sumber : Jadilah wanita yang paling bahagia.

Sunday, November 20, 2011

Fadhilat Air Zamzam

Salam..
Syukur pakcik-pakcik dan makcik-makcik saya sudah selamat sampai ke tanah air..
Mereka pergi menunaikan haji pada tahun ni balik dalam keadaan sihat dan selamat..
Alhamdulillah..Cuma mereka mengalami batuk-batuk kerana perubahan cuaca..


****


So, hari ini saya nak share dengan blogger semua tentang fadhilat air zamzam. Antara fadhilat dan keistimewaan air zamzam seperti yang dinyatakan dalam buku Fadhlu Ma' Zamzam seperti :

  • Ia mempunyai nama yang banyak dan nama yang banyak menandakan kemuliaannya. Dalam Taj al-Arus, dinukilankan daripada IBN Birri, terdapat  12 nama air zamzam.

  • Air zamzam sebaik-baik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada air. Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Fakih dalam Akhbar Makkah (2/41).

  • Air zamzam dikatakan dari mata air syurga mengikut riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf. Imam al-Nawawi berkata : "Pendapat yang asah bahawa mengikut zahirnya, ia daripada syurga."

  • Air zamzam adalah hasil kurniaan Allah s.w.t yang utama kepada kekasihNya, Nabi Ismail a.s.

  • Air zamzam sebagai tanda yang nyata kemuliaan Tanah Haram Mekah. Ini pendapat Imam Ibn al-Dhaiba' al-Syaibani.

  • Air zamzam terbukti mujarab doa sama ada penyembuh daripada penyakit dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Air zamzam itu sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya (dengan izin Allah s.w.t)." Hadis ini juga diriwayatkan oleh perawi yang lain seperti Ibn Abi Syaibah, Ahmad, Ibn Majah, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan. Ibn Hajar berkata : " Hadis ini gharib hasan dengan syawidnya." Lihat Faidh al-Qadir (4/404).

  • Sunat bagi siapa yang hendak minum air zamzam begi diampunkan dosanya atau disembuhkan penyakit serta lain-lain tujuan. Maka dia menghadap kiblat kemudian ia membaca basmalah kemudian ia berkata : "Ya Allah, telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda seperti yang diatas."

  • Air zamzam adalah air yang diberkati dan mengenyangkan.

  • Banyak minum air zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafik.(hal ini kerana orang munafik tidak mempercayai kelebihannya).


Sumber : Majalah SERUAN Ma'had.


p/s : Sama-sama kita hayati fadhilat minum air zamzam ini.


Saturday, November 5, 2011

25 yang pertama

Mari kita tengok apa yang pertama :


  1. Orang pertama yang menulis Bismillah : Nabi Sulaiman a.s.
  2. Orang pertama yang minum air zamzam : Nabi Ismail a.s.
  3. Orang pertama yang berkhatan : Nabi Ibrahim a.s.
  4. Orang pertama yang diberikan pakaian pada hari kiamat : Nabi Ibrahim a.s.
  5. Orang pertama yang dipanggil oleh Allah pada hari kiamat : Nabi Adam a.s.
  6. Orang pertama yang mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (ibu Nabi Ismail a.s.)
  7. Orang pertama yang dibangkitkan pada hari kiamat : Nabi Muhammad SAW
  8. Orang pertama yang menjadi khalifah Islam : Abu Bakar as-Siddiq r.a
  9. Orang pertama yang  menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab r.a
  10. Orang pertama yang meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hassan bin Ali r.a
  11. Orang pertama yang Nabi SAW : Thuwaibah Asmaliyyah r.ha
  12. Orang pertama yang syahid dalam Islam di kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah
  13. Orang pertama yang syahid dalam Islam di kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat r.a
  14. Orang pertama yang menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a
  15. Orang pertama yang memanah dalah perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas r.a
  16. Orang pertama yang menjadi muazzin dan melaungkan azan : Bilal bin Rabah r.a
  17. Orang pertama yang bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib r.a
  18. Orang pertama yang membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim ad-Dary r.a
  19. Orang pertama yang menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin al-Awwam r.a
  20. Orang pertama yang menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan r.a
  21. Orang pertama yang beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid r.ha
  22. Orang pertama yang mengasaskan usul fiqh : Imam Syafi'i r.h
  23. Orang pertama yang membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tholib k.w
  24. Orang pertama yang menjadi raja dalam Islam : Muawitah bin Abi Sufyan r.a
  25. Orang pertama yang membuat perpustakaan awam : Harun al-Rasyid r.a


(Sumber : Fardhu Ain)





p/s : Sama-sama kita menambahkan ilmu :)

Friday, June 24, 2011

Topi Punca Botak



Topi penyebab botak?




Saya pon tak pernah dengar topi boleh menyebabkan botak..
Jom kita tengok punca nya ..

***********

Topi yang dipakai terlalu ketat atau lama menyebabkan penghasilan sebum dan minyak pada rambut.


Apa itu sebum ??
Sebum - zat lilin yang dihasilkan oleh kalenjar sebaceous di kulit ke folikel rambut. Sebum bereaksi dengan kolestrol sehingga membuat plak sebelum mengeras dan mengganggu perjalanan oksigen dan darah ke folikel rambut yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut normal.


Plak sebum pula mengumpul kotoran dan menjadi tempat pembiakan bakteria , menyumbat pori-pori dan folikel , sehingga kulit kepala menjadi sensitif dan menghalang pertumbuhan rambut yang sihat. Folikel rambut yang tersumbat ini membawa kepada kebotakan.


Langkah Mencegah bagi Mengelak Rambut Gugur :

  • Cuci rambut agar tidak rosak untuk menghentikan pengumpulan bakteria , minyak atau sebum pada kulit kepala.
  • Topi yang digunakan perlulah longgar agar tidak menghalang pengaliran darah dan oksigen ke folikel rambut.
  • Topi juga perlu dibasuh secara teratur untuk membunuh bakteria dan lebihan minyak.
************

p/s ; enjoy your reading ;)

SINDROM EMPTY NEST - PERLU BACA !!

Assalamualaikum..

Lama saya tak update dalam kisah misteri ni..
Hari ini rasanya saya nak berkongsi mengenai SINDROM EMPTY NEST..

Apa yang kalian semua tahu mengenai SINDROM EMPTY NEST ? Boleh share diruang komen ea..

*********************************



DEFINISI SINDROM EMPTY NEST

  • Respons psikologikal yang normal terhadap perubahan atau transisi kehidupan yang dilalui oleh setiap ahli dalam sebuah keluarga.
  • Perasaan bercampur aduk antara kerisauan , kesedihan dan kekosongan setelah ketiadaan anak-anak. 
  • Berbanding lelaki ia lebih dirasai oleh wanita kerana ikatan hubungan ibu dan anak begitu kuat.





Situasi


"Si ibu sebenarnya berasa gembira apabila anaknya telah berjaya dalam hidup dan mendirikan rumah tangga , namun kelamaan ia akan bertukar kepada dukacita dan akhirnya kemurungan jika wanita tersebut hilang tempat untuk mencurahkan kasih sayang dan berkongsi masalah"





KESAN SINDROM EMPTY NEST

  • Dilema dalam diri ibu bapa di antara keinginan dan kebanggaan di atas mendidik dan menjaga anak dan pada masa yang sama merasakan ketidak upayaan si ibu meneruskan tugas menjaga serta mengawal anak seperti dahulu.
  • Jika dibiarkan tanpa sokongan suami , rakan-rakan dan masyarakat , boleh menimbulkan kemurungan dan gangguan somatik seperti : -
sakit kepala
kurang selera makan
gangguan tidur
lesu

  • Kekosongan hidup. Hidup mereka seperti sudah berakhir tanpa anak-anak. Rasa sunyi dan kosong kerana mereka tidak pernah terfikir apa yang mereka lakukan tanpa anak-anak. 



LANGKAH MENGATASI
  • Mempersiapkan diri dengan kekuatan mental , spiritual dan fizikal. 
  • Peranan anak-anak dalam memastikan hubungan kasih sayang dengan ibu bapa dikekalkan. Me mereka perlu membantu ibu bapa agar tidak rasa 'terbuang' dengan mengambil berat mengenai mereka biarpun berjauhan. 
  • Ibu bapa boleh mengisi masa dengan aktiviti berfaedah seperti menyertai aktiviti masjid atau program yang dijalankan di kawasan tempat tinggal.



TIP HADAPI EMPTY NEST
  • Cari teman. 
  • Hidupkan semula kasih sayang antara suami isteri.
  • Berbakti dengan menjadi sukarelawan.
  • Bina semula hubungan kekeluargaan antara adik beradik.
  • Meningkatkan amalan kerohanian dan mendekatkan diri dengan Allah.



TIP UNTUK ANAK
  • Sentiasa berhubung.
  • Sediakan kemudahan IT. (bagi yang sudah terlampau tua, seeloknya anak keraplah menziarah orang tua di kampung).
  • Menziarahi.
  • Bahagiakan ibu bapa. Tanpa mereka , siapalah anda dan siapalah saya.

Sumber : HARMONI
    ********************************


    ***************************

    p/s ; Jangan lah kita leka dengan hal duniawi sehingga kita melupakan insan yang benar-benar memerlukan kita yakni mereka yang telah melahirkan , membesarkan dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Pabila mereka sudah tiada di dunia , tiada lagi insan yang boleh menggantikan tempat mereka selain daripada mereka sendiri. Hargai lah mereka sementara mereka masih bernafas di muka bumi Allah ini.